Rasulullah SAW bersabda: “Manusia yang gagah bukanlah manusia yang boleh mengalahkan lawannya, tetapi manusia yang dapat mengawal rasa marahnya.”. Bahkan dalam hadith yang lain, Baginda mengulangi pesanan yang ringkas tetapi bermakna: “Jangan kamu marah, jangan kamu marah, jangan kamu marah!” Manusia sememangnya tidak dapat lari daripada pelbagai emosi; gembira, lucu, sedih, marah dan sebagainya. Bahkan wujud pelbagai sifat ini adalah bukti Maha Hebatnya Allah menciptakan manusia dengan pelbagai emosi yang secara langsung mempengaruhi tindak tanduk manusia. Tidak salah kita meluahkan emosi masing-masing tetapi emosi tersebut hendaklah disalurkan dengan bijak dan tidak mendatangkan ‘back-fire’ kepada diri kita sendiri. Kita mengukur jantan diri dan hebat berjuang kalau kita pandai mengamuk. Tetapi Baginda SAW mengajar bahawa yang gagah itu ialah pada upaya mengawal diri, khususnya ketika marah. Manusia dalam keadaan marah, nafsunya menguasai akalnya; emosional bukan rasional. Di sinilah keputusan-keputusan yang diambil selalunya berakhir dengan penyesalan. Waktu mengamuk, memang terasa HERO, tapi bila dah terlajak, semuanya ZERO. Bukankah ajaran Islam itu indah, orang yang gagah itu adalah orang yang punya ‘self-control’ yang mantap. Bahkan Islam juga mengesyorkan cara-cara untuk mengawal marah; antaranya sekiranya kita tengah marah, segera mengambil wudhu’, mudah-mudahan air sembahyang itu dapat memadamkan api kemarahan yang marak. Pelbagai lagi cara-cara lain yang diajar oleh pakar-pakar kesihatan untuk mengawal dan mengendurkan perasaan marah. Hanya terpulang pada kita, sama ada mahu melaksanakan cara-cara tersebut atau tidak. Jangan cepat marah…
makan at D'Manggis!!
12 years ago
0 comments:
Post a Comment